Wednesday 24 May 2017

Kenapa kita digalakkan memakan makanan sunnah Habbatussauda?




Assalamualaikum....

Saya ingin berkongsi dari pengalaman diri saya sendiri  ( of course le cerite sebenar :D) dengan semua pembaca.

Sebenarnya saya pernah hidapi suatu masalah kesihatan, iaitu batuk tahun... ermm pernah ke dengan istilah batuk tahun ni?
Ringkas cerita, saya dah alami batuk sejak bertahun tahun, dari saya zaman belajar hinggalah saya dah bekerja. Rajin sungguh batuk, bila check dengan doktor, saya bukanlah menghidapi batuk kering atau TB. bila malam makin kerap lak dia batuk batuk sampaikan mengganggu waktu tidur saya. Bila dah batuk keterlaluan kadang kadang hingga rasa sakit di dada.. mungkin saluran pernafasan pon dah jadi stress kot.. malah makin buruk lg bila rasa mcm orang kena asma.. ye lah klu dah batuk selalu mana tidak kembangnya saluran pernafasan kita kan? 
Pernah suatu ketika, tekak saya menjadi berlendir. bila batuk, keluarlah kahak pekat kaler coklat. Ermm pelik gak ni? Sampaikan nak berjalan pon dah mcm orang tuan.. ermmmm... Ujian Allah nk bagi la tu kot..

Dah bermacam ubat saya pernah cuba. bila keadaan jadi teruk, hinggakan saya terpaksa mengambil nabulizer kt hospital atau inhaler untuk melegakan pernafasan. Seringkali juga terfikir, kenapa aku jadi begini??
Sampai suatu ketika saya terfikir, sampai bila saya mesti bergantung dengan ubatan tadi?

Jadi saya search internet untuk cari solution yang lebih "mesra badan. Saya terjumpa kehebatan khasiat habbatussauda. Jadi saya pon study dan rajin cari maklumat untuk mengukuhkan keyakinan saya sebelum saya cuba habbatussauda ni.

Point yang saya dapat adalah ia boleh melegakan pernafasan seperti asma, batuk, masalah paru paru ( bronkitis). Jadi saya buat keputusan untuk cuba terus minyak perahan sejuk habbatussauda ni. ( saya minum virgin oil hababtussauda terus... rasanya memang nyaman sekali :D..

beberapa minggu pertama saya guna, memang tak nampak sangat perubahan ketara. ye lah, ini makanan berbentuk homeopathy. Bukanlah seperti ubatan kimia yang boleh melegakan dalam tempoh tertentu dan segera... Melalui pembacaan saya di internet, jika kita ingin dapatkan hasil yang baik dengan amalan memakan habbatusauda ni, kita perlu minum air kosong yang banyak!!

Jadi, saya nekad satu hari saya mesti minum air kosong minima 2 liter sehari. Sebenarnya memang ini sukatan minima yang disyorkan oleh doktor. Lebih kurang 2 bulan lepas saya amalkan minum setengah sudu teh di sebelah pagi sebelum sarapan setiap hari, saya dah nampak perubahan, Alhamdulillah, tekak saya pon dah rasa agak "kering", jika dulu memang terasa ada lendir atau mukus di tekak ni, itu yang menyebabkan kita jadi seperti orang asma dan rasa lemas nk bernafas.

Sampaikan jumpa kawan lama, kawan saya tegur" Eh ko sekarang dah tak batuk batuk lagi ye??".
Syukur, kerana sedikit sebanyak amalan ini memberi manfaat kepada saya.. Saya seorang Cyclist, jadi bila g ngayuh sebelum ni, malam sebelum tu saya mesti pam dlu inhaler dulu. jika tidak, esok mmg pewailah jawabnya. Sekarang, jarang sekali saya gunakan inhaler. ada ketika memerlukan juga. tapi dah tak sekerap dulu lagi. 
Cuma kita perlu istiqamah jika ingin amalkan sesuatu. Memang ada perubahan jika amalkan habbatussauda ni, salah satu nya kita akan jarang diserang demam ( in shaaAllah). Ini kerana, khasiatnya adalah meningkatkan sistem imunisasi badan seseorang.

Setelah hampir 3 tahun saya amalkan, baru kini saya bersedia untuk menjual dan berkongsi kehebatan habbatussauda anugerah Allah s.w.t  ini kepada semua pengguna. 

jika nk tulis, memang panjang lagi tapi saya kongsikan setakat ini dahulu. sekadar ini dulu testimonial diri saya sendiri selaku penjual produk ini dengan pengguna semuaaa...

Wallahualam..



No comments:

Post a Comment